Halaman nuffnang_bid = "2f43044e6ae2b2a48aabd3eb77

Friday, July 1, 2011

Perempuan@isteri Sejati

WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki.>> Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah).>> Saksinya kurang berbanding lelaki.>> Menerima pusaka kurang dari lelaki.>> Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.>> Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kpd isteri.>> Kurang dlm beribadat ekoran haid & nifas yg tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yg positif?

Kita sedia maklum, benda yg mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dgn seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yg diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yg banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: (1) isterinya, (2) ibunya, (3) anak perempuannya, dan (4) saudara perempuannya. Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki: (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya, dan (4) saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: (1) tidak meninggalkan solat lima waktu, (2) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) taat kepada suaminya, dan (4) menjaga kehormatannya.

Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yg sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.

No comments:

Post a Comment

TQ

Total Pageviews