Halaman nuffnang_bid = "2f43044e6ae2b2a48aabd3eb77

Sunday, July 17, 2011

Apa Ertinya Cinta Ku, Buat Diri Mu



Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.
Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.
Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.
Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.
Karya: Amzul Bin Ahmad (Perlis)
Khas buat peminat puisi cinta.

Cerita Cinta

Kita semua berhak dicintai dan menyintai. Kerana lahirnya kita ke dunia ini adalah kerana kasih dan cintanya Tuhan kepada makhluknya. Bersyukurlah kita kerana diberikan kesempatan menikmati kehidupan di dunia ini dan menikmati segala anugerah kurniaanNya.

Jadi, jika anda pernah merasa dicintai oleh makhluk lain .... itu adalah normal. Jika anda tidak merasa dicintai .. maka anda perlu melihat diri anda ... muhasabah diri sebaiknya. Dan jika anda pernah menzahirkan kecintaan anda kepada makhluk lain ... syukur .. anda punyai hati yang baik. 

Tetapi, sekiranya anda dapati diri anda menyintai makhluk lain yang tidak membalas cinta anda, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai kerana cinta itu tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya anda dicintai oleh seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda dan cuba kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Kerana anda sendiri tidak mahu dilukai.

Bagaimana anda mengurusi cinta begitulah anda perlu menguruskan diri anda (bukan kurus fizikal .. dey ...). Bila terluka ... semua orang akan merasa kepedihan yang serupa. Yang mungkin berbeza adalah punca, bagaimana kita mengendalikan kesedihan itu. Begitu juga merasa indah apabila dicintai, rasa di hati adalah sama .. tetapi aksinya saja berbeza.

Sekiranya kita bercinta denga seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati anda.

Monday, July 11, 2011

Terapi Akupunktur

Aku- ertinta 'tajam' - punktura - ertinya 'tusukan'
Akupunktur ertinya tusukan dengan benda-benda tajam [jarum].  Akupunktur berasal dari Negeri China dan diperkenalkan oleh Maharaja China yang bernama Huang Ti kira-kira 4000 tahun dahulu.


Cerita asal penemuannya secara tidak sengaja didalam peperangan antara Mongolia dan China, seorang askar China telah terkena anak panah dibahagian dada.


Anak panah tersebut terbenam didada bahagian yang dinamakan 'Zhung Fu' . Setelah beberapa hari, askar China ini telah sembuh dari gout yang dialami sejak bertahun-tahun.
Malah sebelum peperangan pun, askar ini telah pun mengalami gout atau sakit sendi yang agak serius dan hampir tidak dapat pergi ke medan perang.


Tetapi sebaik saja 'terkena' tsuskan anak panah dari askar mongolia, penyakit bengkak sendi tulang [ arthritis & gout] tersebut telah hilang dan sembuh. Hal ini menajubkan kawan-kawan dalam pasukan China ini.


Setelah selesai peperangan, para pembantu tentera cuba mengeluarkan anak panah tersebut dari dada askar muda ini tetapi dinafikan.


Aksar muda ini tidak mahu mencabut anak panah tersebut, katanya anak patah tersebut adalah ' panah ajaib' yang menyembuhkan penyakit bengak sendinya.
Atas arahan Maharaja China, aksar muda itu diarah ke istana dan diperintah supaya anak panah ajaib itu dibuang, Maharaja khuatiri anak panah tersebut akan menjadi septik atau keracunan. Dengan hati yang berat panah panah tersebut dikeluarkan.
Setelah dikeluarkan darah hitam mengalir dengan banyaknya [ darah toksid] dan selepas itu askar tersebut telah sembuh dari penyakit bengak sendi tulang.
Kesimpulan / Rumusan:  Bila sesuatu jarum akupunktur diletakkan pada 'titik-titik akupunktur' yang betul dan tepat, ia akan menyembuhkan sesuatu penyakit.


 Begitulah juga dengan penyakit-penyakit lain. Katanya 'Sakit Gastrik' bila diletakkan jarum akupunktur pada 'Titik Akupunktur Tsuzanli' dan dibiarkan jarum tersebut melekat selama 30 minit pada badan, maka gastrik boleh hilang dalam tempuh 30 minit sahaja.


Begitu juga dengan golf syndrome, sakit bahu, sakit belakang, Bell Palsy, sakit luntut, asthma. Dalam beberapa minit setelah menjalani rawatan akupunktur kesakitan akan hilangf serta merta.
Inilah yang dinamakan 'Keajaiban Rawatan Akupunktur' dalam istilah medical dikenali sebagai 'Acupuncture Anaethesia' atau 'Pain Relief Without Drugs'
Pendirian Badan Kesihatan Se Dunia - WHO
The Wolrd Health Organization - WHO telah mengadakan Konferensi tentang Perubatan Akupunktur pada tahin 1979 dan dihadiri oleh 25 buah negara dari seluruh dunia dan telah bersetuju serta meluluskan Kebaikan Perawatan Akupunktur untuk:
Akupunktur Bagus Untuk Bahagian ENT, seperti:-
Acute Sinusitis [ Resdung], Acute Rhinitis [seduan], Common Cold [selsema], Acute Tonsilitis [ tonsil  tanpa pembedahan], Acute Conjunctivitis [ sakit mata awal / mata merah], Retinitis [ kebutaan ], Cataract , Toothache [ sakt gigi, sakit gusi], Asthma, bronchitis, Spasm, Cramp [ menyintak], Hiccough [ tersedu] gastric, duedenal ulcer, constipation [ sembelit]
Neurological and Muscular Skeletal Disorder [ Masalah Urat Saraf ]
Trigeminal Neuralgia [ sakit saraf muka], Bell Palsy [ facial paralysis, lumpuh saraf muka], stroke, bladder dysfunction [ masalah kencing - prostat, kecing tak tos, kencing kerap, kencing malam, dll] Enuresis [ kencing malam dikalangan anak-anak], cervical syndrome, spondilysis , slip disc, frozen shoulder, tennis elbow, scitica, lumbago, low back pain, arthritis.
Lain-Lain Penyakit Boleh dicuba dengan Akupunktur

Migraine, dengan Akupunktur ialah:sakit kepala, fibroid, vitiligo, nerve deafness [ tuli kerana saraf], tinnitus, falling of hair [ rambut gugur], sexual impotence [ mati pucuk, lemah tenaga batin], menses disorder [ masalah haid dikalangan wanita], senguggut, endometrosis, kemandulan atau kesubauran wanita, kurang nafsu seks dikalnagn wanita, obesity [kegemukan], membaung lemak, anti kelostrol, gagap, parkinson dikalangan orang-orang tua, sakit buah pinggang peringkat awal, kencing manis, darah tinggi, dan lain-lain.

Thursday, July 7, 2011

Benarkah Kata Hati ini?

Aku sering tertanya-tanya pada diri ku, "adakah aku relakan dan korbankan rasa cinta ini demi seorang yang bernama kawan'', kerana hati ini seringkali menyatakan yang dia menyukai kekandaku?? Adakah benar kata hati ini yang dia sukakan kekasihku itu.....oh, jikalau benar kala hati ini~relakah aku korbankan rasa cinta dan sayangku pada kekasih hati yang ku panggil kekanda, oh..... mana mungkin, sedangkan berpoligami pun, seorang wanita itu tidak rela namun kadang2 ada yang terpaksa demi kerana sayangnya pada suaminya, dan mungkin juga kerana tidak mahu anak2 kecil mereka kehilangan kasih sayang kan.... dan yang paling hebat sekali mahu mengejar syurga dan mendapatkan payung emas itu berangkali..... ya....,jikalau aku pun, of course nak pilih syurga itu kan di tambah pula rasa sayang dan cinta kepada sang kekasih kan.
tapi dalam kes ini baru bergelar kekasih belum bergelar suami pun.... sanggupkah aku mengorbankan kasih sayang dan cinta suci kami ini untuk seorang kawan yang menyukai Dia perlukah?
Aku may be akan katakan ya...boleh je,aku relakan asalkan wanita yang sukakan kekasih ku itu seorang yang baik dan boleh menjaga dan menerima kekasih ku dengan baik berbanding diri ini.. mungkin masa itu, diri ini boleh berkata "ok....tak apa lah....aku mengundur diri demi cinta dan sayangku padanya" tapi mungkin hati ini akan menangis, ya itu sudah pasti. Tetapi sebagai seorang yang berfikiran waras aku tidak boleh terus2 menangisinya sebab itu atas pengorbanan ikhlas dari aku sendiri kan... , tak apa.....mungkin dia bukan tercipta untukku,;( mungkin ada lagi jejaka di luar yang terbaik akan aku jumpa selepas ini, dan mungkin itu sudah suratan takdir bagiku, dan mungkin.....mungkin dan mungkin......
Walaupun mungkin sahaja tetapi anda juga boleh fikirkan yang anda juga boleh hidup tanpa Dia selepas ini dan hidup anda akan lebih tenang dan success lepas ini....maybe! :) ya.... jangan berfikiran singkat sangat pula sampai hendak bunuh diri sudah lah.... yelah, ada orang ni yang bercinta masa muda2 dlu mcm nak rak.... every year or month bertukar ganti pasangan bercinta tup2 kahwin dengan lelaki lain juga akhirnya......then ada juga orang ni hanya sekali bercinta je pastu khawin terus.....itu lah...nasib dan takdir setiap manusia ni tidak sama.
Then bagi diri ini, mungkin kata hati ni betul sebab my pren tu ada sekali tu pernah mengatakan yang dia selalu bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang %&^&^%$#@1(*&^%$#&^%$#%%$~(ciri2 lelaki yg hadir dalam mimpinya itu di beritahu olehsi kawanku ni lah) then semua ciri2 itu ada pada Si Dia....kekasihku lah.....start dari itu aku mula berfikir....itu sepertinya Dia.....kali kali ke-2 nya itu......dia beritahu lagi dia bermimpi lelaki yang sama.....hati ini sudah kuat menyatakan kebenaran apa yg aku cuba fikirkan tentang mimpinya itu.....mungkinkah kwn ku ini adalah jodoh kepada kekasihku itu....agak sedih dan terkilan then terasa juga.........

Friday, July 1, 2011

Perempuan@isteri Sejati

WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki.>> Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah).>> Saksinya kurang berbanding lelaki.>> Menerima pusaka kurang dari lelaki.>> Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.>> Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kpd isteri.>> Kurang dlm beribadat ekoran haid & nifas yg tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yg positif?

Kita sedia maklum, benda yg mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dgn seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yg diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yg banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: (1) isterinya, (2) ibunya, (3) anak perempuannya, dan (4) saudara perempuannya. Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki: (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya, dan (4) saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: (1) tidak meninggalkan solat lima waktu, (2) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) taat kepada suaminya, dan (4) menjaga kehormatannya.

Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yg sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.

Lelaki@Suami Sejati

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya…

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yg belum baligh. Sedangkan perempuan berkahwin tidak perlu menanggung dosa-dosa ini semua.

Berat, kan?

Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki harus bertanggungjawab ke atas ibunya, dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dosa baginya, terutama bagi anak lelaki yg tua (sudah cukup dewasa), manakala perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab begini. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yg berbuat baik, ganjaran pahala dapat kepadanya, dan kalau berbuat yg tidak baik, maka dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat, kan??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri tidak dikenakan kewajiban tersebut. Walaubagaimanapun, isteri dibolehkan membantu suami dalam urusan mencari rezeki. Tetapi harus diingat, HARAM bagi seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya, apatah lagi jika suami tersebut menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin!

Ada banyak lagi yg lelaki (lebih-lebih lagi yg bergelar suami) perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya, boleh diumpamakan seperti gunung dengan semut. Justeru itu, tidak hairanlah apabila mengikut kajian yg dibuat, nyawa orang perempuan dikatakan lebih panjang berbanding lelaki. Ini kerana mengikut kajian, lelaki dipercayai mati cepat kerana tidak tahan lagi dengan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya.

Tetapi ingatlah dan yakinilah, setiap yg diciptakan Allah SWT pastinya ada kelebihannya tersendiri. Orang lelaki juga pastinya ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah SWT.

Kesetiaan Hati Seorang Insan


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…

Total Pageviews