Halaman nuffnang_bid = "2f43044e6ae2b2a48aabd3eb77

Monday, August 8, 2011

Darah beku di otak punca strok.


Apakah Yang Menyebabkan Strok?

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah.
 
 
Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
 
Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
 
 
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
 
 
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.

  1. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.

  1. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
 
Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan.
 
 
Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. 
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

**Penghargaan: Rajah-rajah digunakan dengan kebenaran Stroke Foundation of New Zealand.

 
dari
 
shapiee/arpah
0192095164/03-87365309
 
 
p/s. Makan danshen plus untuk bersihkan salur darah yang tersumbat.Makan Brain cleansing untuk bersihkan salur darah di otak. Minum air banyak-banyak. Makan sayur secara ulam untuk tingkatkan enzim tubuh badan.
Danshenplus
Pembersihsalur Darah

No comments:

Post a Comment

TQ

Total Pageviews