Halaman nuffnang_bid = "2f43044e6ae2b2a48aabd3eb77

Saturday, September 17, 2011

Bagaimana Cara Untuk Menjadi LUCKY?

, kkamu setuju bahawa tuah itu hanya ada dalam diri  individu yg tertentu sahaja dan ia wujud dalam diri individu tertentu itu sejak dari azali lagi?

1.) UBAH SIKAP
Faktor tuah ini nyata tidak boleh diwarisi dan bukan wujud secara turun temurun daripada nenek moyang kita. jika kamu  mendambahkan tuah, kamu perlu sentiasa berfikiran positif dan menjadikan matlamat 'tuah' sebagai sebahagian daripada misi hidup kamu! kamu perlu mulakannya dari sekarang agar nasib kamu untuk hari-hari yang berikutnya akan jadi lebih bertuah. Mulakannya dengan memiliki karier yang terbaik, disampingi kekasih yang setia serta dikelilingi dengan rakan-rakan yang membahagiakan.
2.) MOOD HAMBAR
Sebagai induvidu yang OPTIMIS kamu perlu berfikiran maju ke hadapan dam sentiasa mem ikirkan tentang kebahagiaan hidup. Buang jauh-jauh 'mood' hambar yang menghantui diri kamu itu. cuba untuk selalu melihat sisi positif dalam kehidupanmu. pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang dijadikan Tuhan itu. Mungkin juga ada tuahnya kamu tidak mendapat pekerjaan si tempat yang kamu harapkan itu. Mungkin di sana memerlukan kamu kerja lebih masa pada hari minggu? Atau mungkin kamu bertuah ditinggalkan kekasih hati kamu itu kerana kamu bakal dipertemukan dengan insan yg lebih baik berbanding dirinya. Setiap kali 'mood' hambar datang menjengah, apa kata kamu berhenti drpd melakukan sebarang aktiviti utk seketika. Ambil nafas dalam-dalam dan cuba membawa fikiran kamu memikirkan perkara-perkara terbaik yg harus kamu miliki dalam kehidupan kamu kini. Memadailah hanya dengan memikirkan hal-hal yg sederhana namun tetap mendatang kebahagian apabila kamu memilikinya.
3.) PEMIKIRAN NEGATIF
Fikiran Negatif memang mudah menjengah ke minda kita. contoh paling mudah yang dapat dilihat ialah sewaktu mencari tempat parkir kereta yang penuh sesak di pusat membeli-belah sewaktu hari minggu. Secara automatik kamu berfikiran bahawa "argh....mesti tak dapat perkir nie"
               Percayalah bahawa sesuatu perkara itu bakal berlaku jika kamu percaya bahawa ia 'akan terjadi'. berfikiran negatif juga memiliki efek yang sama seperti berfikiran positif. sebagai contoh, kebanyakan pelajar sekolah agak kurang gemar dengan subjek matematik sebagai salah satu pelajaran yg sangat sukar. Jika kita selalu berfikiran tidak mampu atau tidak boleh, maka hasilnya memang sukar buat diri kita. Begitu juga jika kita sakit, dan kita berfikiran bahawa sakit kita itu tidak akan sembuh atau sakit kita itu akan lembat sembuh, maka dengan fikiran negatif kita itu akan melambatkan lagi proses penyembuhan dan sakit kita itu tidak akan sembuh-sembuh.
            Jadi, untuk menangani permasalahan ini, kita haruslah berfikiram positif. Setelah memiliki pemiliran yg baik, tuah untuk menggapai impian yg kita  idam-idamkan selama ini akan berada hampir dengan dirimu. kita pasti tidak berjaya jika sejak dari awal usaha lagi, kita memikirkan bahawa terlalu sukar untuk diri kita merialisasikanya. jadi kamu harus sentiasa memikirkan keberuntungan! kita perlu beranggapan bahawa tuah itu sentiasa ada dekat dengan kita. Tanamkan dalam fikiran, betapa beruntungnya jika kita berjaya meraih peluang tersebut. contohnya sewaktu diamanahkan  untuk memikul tanggungjawab melaksanakan satu projek yg besar oleh ketua. Daripada kita terus mengeluh, lebih baik kita tanamkan hal-hal yg positif dalam minda kita.
       Fikirkanlah bahawa projek tersebut bakal memberi peluang yg besar buat diri kitautk mengembangkan lagi potensi diri. Bayangkan perasaan bangga dan puas apabila kita berjaya merealisasikan projek tersebut.
4.) KEPUTUSAN YG SUKAR
Siapa individu yg paling tahu tentang diri kita? sudah tentulah diri kita sendirikan! Jadi idealnya kita sendiri patut tahu keputusan yg terbaik buat diri kita. Malangnya, kita selalu gagal utk membuat keputusan sendiri dan memerlukan org lain utk memutuskanya. Dalam kehidupan kita memang perlu membuat pilihan, malah kita sering terjebak dalam kesulitan membuat pilihan. Sehingga kita memerlukan pendapat dan pandangan org lain sebelum membuat sesuatu pilihan. Situasi ini tidak ada salahnya, namun sebijak mana pun sahabat kita itu belum tentu pandangan yg diberikan itu adalah yg terbaik buat dirimu.
        Jadi, percayalah pada naluri kita sendiri. fikirkan sesuatu perkara itu secara mendalam dengan menilai sejauh mana sesuatu permasalahan itu. kita harus berfirikan rasional agar keputusan yg bakal kamu pilih itu sesuai buaqt diri kita. dengan meyakini nurani sendiri, kita boleh belajar untuk menerima akibat dari setiap tindakan yg kita ambil itu.
5.) BERANI BERTINDAK
Bosan dengan pekerjaan sekarang? sudah tiba masanya utk menilai kemampuan diri sendiri. kita perlu jujur dengan diri sendiri, adakah kita berasa selesa dengan kerjaya kita sekarang? setelah kita dapat mengenal pasti jawapanya, fikirkan beberapa kemungkinan. Jika kita benar-benar sudah tidak tahan, mengapa tidak memulakan perubahan? Kita harus yakin dan berani melakukan perubahan itu. Walaupun tidak secara drastik, ia bakal membuka peluang yg lebih besar buat dirimu supaya kita boleh membina semula kehidupan yg lebih menguntungkan. Tidak perlu menunggu rasa bosan datang baharulah kita ingin memulakan perubahan itu.  kita harus rajin  mempelbagaikan gaya kehidupan kamu agar tidak bosan! jadi mulakan dengan menyenaraikan antara perkara-perkara baharu yg boleh kita lakukan. Contohnya melibatkan dengan pelbagai aktiviti sampingan di luar bidang kerjaya kita. kita harus berani mencubanya! paling tidak pun, apa kata mulakan dengan mengunjungi ke restoran baharu. Mubgkin dengan cara ini kita boleh memperoleh satu pengalaman baharu dan menalah tahu kita bakal bertemu dengan rakan-rakan baharu di sana. Mungkin ada di antara mereka yg boleh menawarkan kepada kita satu peluang baharu. Mmmm......belum cuba belum tahu kan??
6.) KEMALANGAN YG MENGUNTUNGKAN
Ketika kemalangan datang menimpa, kita merasakan bahawa diri kita sangat malang pada saat itu. Lebih-lebih lagi jika kita sering beranggapan bahawa perkara-perkara buruk seing menghantui hidup kita, bermula drpd kekasih hati yg berlaku curang denganmu, kegagalan dalam peperikasaan, sehinggalah kehilangan barangan kesayangan akbiat ducuri untuk kali yg ketiga. Tanpa kita sedari, sebenarnya ada orang yg lebih malang nasibnya berbanding diri kita sendiri. sebenarnya gagal dalam peperikasaan tidak berkaitan dengan soal tuah. Mungkin kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan tersebut atau mungkin juga cara pembalajaran yg kita lakukan itu tidak sistematik. selain itu, barang kita dicuri kerana kita tidak berhati- hati.
                Lantaran itu, kita haruslah renungkan setiap kejadian yg berlaku itu secara terbuka dan positif. Mungkin kita gagal dalam peperiksaan tersebut tapi kita masih beruntung kerana masih boleh meneruskan pengajian. Cuba kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai rakan-rakan kita yg tidak berpeluang utk melanjutkan pelajaran seperti kita. Mensyukuri apa yg kita miliki akan membuatkan diri  kita berasa sangat bertuah. kita harus yakin bahawa dengan usaha gigih, kita boleh menjadi individu yg benar-benar beruntung di muka bumi ini. Jadi bagaimana? Adakah kita sudah bersedia untuk menjadi salah seorang 'MISS LUCKY' dalam dunia ini? Tepuk Dada Tanya Selera!
7.) SIAPA KATA MEREKA BERUNTUNG?
Kita berfikiran bahawa penyanyi dan pelakon terkenal itu beruntung? Sebenarnya sikap yakin pada diri sndiri dan usaha keras menjadi teras utama sehinggalah mereka berjaya merealisasikan impian yang terpendam selama ini. contohnya, Britney Spears. Selebriti ini seing memakai baju-T yg memiliki gambar Madonna sejak usianya masih kecil lagi. Britney sangat meminati bintang ternama itu dan sering memasang angan-angan bahawa suatu hari nanti mereka bakal bergandingan bersama. Dan 'In The Zone' telah membuktikan bahawa angan-angan Britney itu telah bertukar menjadi realiti! begitu juga Hillary Swank, ketika masih remaja Hillary Swank seing meluanhkan masanya di sebuah kolam berhampiran dengan rumahnya. Dia sering membayangkan dirinya menjadi seorang pelakon terhebat dan dihargai ramai pihak. Hasilnya, dua Oscar berjaya diraih dalam kerjayanya itu! Hebat bukan...punyai pemiliran yg positif??? fikir-fikirkanlah......hehe

P/s: Dipetik dari rencana Extra Scoop at majalah remaja.^_^

Total Pageviews