Halaman nuffnang_bid = "2f43044e6ae2b2a48aabd3eb77

Sunday, June 26, 2011

Pernahkah anda mencintai dan dicintai?


Salam kepada pemilik cinta ..
Kita semua berhak dicintai dan menyintai. Kerana lahirnya kita ke dunia ini adalah kerana kasih dan cintanya Tuhan kepada makhluknya. Bersyukurlah kita kerana diberikan kesempatan menikmati kehidupan di dunia ini dan menikmati segala anugerah kurniaanNya.

Jadi, jika anda pernah merasa dicintai oleh makhluk lain .... itu adalah normal. Jika anda tidak merasa dicintai .. maka anda perlu melihat diri anda ... muhasabah diri sebaiknya. Dan jika anda pernah menzahirkan kecintaan anda kepada makhluk lain ... syukur .. anda punyai hati yang baik. 

Tetapi, sekiranya anda dapati diri anda menyintai makhluk lain yang tidak membalas cinta anda, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai kerana cinta itu tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya anda dicintai oleh seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda dan cuba kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Kerana anda sendiri tidak mahu dilukai.

Bagaimana anda mengurusi cinta begitulah anda perlu menguruskan diri anda (bukan kurus fizikal .. dey ...). Bila terluka ... semua orang akan merasa kepedihan yang serupa. Yang mungkin berbeza adalah punca, bagaimana kita mengendalikan kesedihan itu. Begitu juga merasa indah apabila dicintai, rasa di hati adalah sama .. tetapi aksinya saja berbeza.

Sekiranya kita bercinta denga seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia. 

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati anda.

No comments:

Post a Comment

TQ

Total Pageviews